Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

10 Smartphone Terbaik dibawah Harga RM1000 di Malaysia Tahun 2018


Telefon bajet zaman kini jauh lebih bagus berbanding 5 tahun terdahulu sehinggakan dengan hanya berbekalkan bajet RM 1000 anda sudah mampu menikmati majoriti teknologi terkini seperti pengimbas cap jari dan sistem dwi-kamera.

Dulunya fungsi-fungsi canggih tersebut hanya boleh didapati pada telefon yang berharga RM 2000 keatas.

Persaingan antara syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar seperti Samsung, Xiaomi, Huawei dan Oppo misalnya menghasilkan lebih banyak telefon berkualiti dan mampu milik sekaligus memberi lebih banyak peluang kepada pengguna.

Sebelum itu, ingin ditegaskan bahawa senarai bukanlah berbentuk ranking sebaliknya hanya sekadar panduan untuk pembelian anda.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan.

Xiaomi Mi A1 / Mi 5X

xiaomi-miA1

Release date: September 2017 | Weight: 165g | Dimensions: 155.4 x 75.8 x 7.3 mm | OS: Android 7.1.2 | Screen size: 5.5 inches | Resolution: 1080 x 1920 pixels | CPU: Snapdragon 625 | RAM: 4GB | Storage: 64GB | Battery: 3,080mAh | Rear camera: 12MP | Front camera: 5MP

Xiaomi Mi A1 dan Mi 5X merupakan 2 telefon yang sama dari segi fizikal dan juga spesifikasi.

Apa yang membezakan antara kedua-duanya ialah perisian android yang diguna pakai. Mi A1 menggunakan perisian ‘Stock Android’ versi 7.1 manakala Mi 5X pula menggunakan MiUI versi 8 yang berasaskan android 7.1.

Spesifikasi lain kedua-dua telefon ini termasuklah pemproses 8 teras Qualcomm Snapdragon 625, 4gb ram dan ruang simpanan 64 gb serta sistem dwi-kamera 12 MP yang memberikan kedua-dua telefon ini kebolehan untuk mengambil gambar potret seperti iPhone 7 Plus.

Saiz skrin 5.5 inci yang mempunyai resolusi HD penuh (Full HD) sesuai digunakan untuk menonton video tetapi tidak terlalu besar sehingga menyukarkan telefon ini untuk dibawa di dalam poket.

Kedua-dua telefon ini juga mempunyai pengimbas cap jari di bahagian belakang telefon, dikuasakan oleh bateri bersaiz 3080 mAh dan boleh didapati dengan harga bermula RM 999 dan kebawah.

Honor 7X

honor-7x-in-hand-full

Release date: Disember 2017 | Weight: 165g | Dimensions: 156.5 x 75.3 x 7.6 mm | OS: Android 7 up to 8.0 | Screen size: 5.93 inches | Resolution: 1080 x 2160 pixels | CPU:  HiSilicon Kirin 659 | RAM: 4GB | Storage: 32/64GB | Battery: 3,340mAh | Rear camera: 16MP+2MP | Front camera: 8MP

Honor ialah sebuah anak syarikat Huawei yang menghasilkan telefon pintar menggunakan teknologi dan perisian yang dibangunkan oleh Huawei sendiri pada harga yang lebih murah.

Terbaru, Honor melancarkan telefon Honor 7X yang merupakan pengganti kepada telefon Honor 6X.

Honor 7X dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.93 inci yang mempunyai nisbah paparan 18:9 dan resolusi 1080p HD penuh, pemproses 8 teras HiSilicon Kirin 659, 32/64 gb ruang storan, 4gb ram, pengimbas cap jari serta sistem dwi-kamera 16MP+2MP.

Semua ini dikuasakan dengan bateri bersaiz 3340 mAh dan antaramuka pengguna EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0 Nougat. Telefon pintar ini baru sahaja dilancar pertengahan Disember 2017 dan boleh didapati pada harga RM 999.

Redmi 5

Release date: Disember 2017 | Weight: 157g | Dimensions: 158.5 x 75.5 x 8.1 mm | OS: Android 7.1.2 | Screen size: 5.7 inches | Resolution: 720 x 1440 pixels | CPU Snapdragon 450 | RAM: 3GB | Storage: 32GB | Battery: 3,300mAh | Rear camera: 12MP | Front camera: 5MP

Redmi 5 merupakan model terbaru dalam rangkaian model Redmi daripada Xiaomi.

Telefon pintar Redmi cukup terkenal dengan harganya yang murah dan spesifikasi yang jauh lebih baik berbanding telefon pintar lain yang berada dalam lingkungan harga yang sama.

Mengikut trend 2017, Xiaomi melengkapkan Redmi 5 dengan paparan berbingkai halus ( Bezel-Less ) persis ‘Infinity Display’ Galaxy S8 yang bersaiz 5.7 inci dan mempunyai aspek paparan 18:9.

Kuasa pemprosesan pula dibekalkan oleh cip Snapdragon 450 dari Qualcomm, 2 atau 3gb ram yang dipadankan dengan ruang storan 16/32 gb. Kamera belakang mempunyai resolusi 12MP manakal kamera depan pula 5 MP.

Walaupun skrin telefon ini hanya mempunyai resolusi 720p HD, ia sudah memadai kerana telefon ini dijangka akan dijual pada harga RM 599.

Redmi 5 Plus

Xiaomi-Redmi-5-Plus-Features

Release date: February 2017 | Weight: 180g | Dimensions: 151.8 x 72.8 x 7.7 mm | OS: Android 7.1.2 | Screen size: 5.99 inches | Resolution: 1080 x 2160 pixels | CPU Snapdragon 625 | RAM: 4GB | Storage: 64GB | Battery: 4,000mAh | Rear camera: 12MP | Front camera: 5MP

Jika anda mahukan skrin, ruang storan dan ram yang lebih besar berbanding redmi 5, maka Redmi 5 Plus adalah untuk anda.

Telefon ini dilengkapi pemproses Snapdragon 625, 3 atau 4 gb ram yang dipadankan dengan 32 atau 64 gb ruang storan serta skrin 5.99 inci HD penuh.

Redmi 5 Plus menggunakan kamera depan dan belakang yang sama seperti Redmi 5 tetapi cip pemprosesan ditukar kepada Snapdragon 625, sama seperti Mi A1.

Semua ini dikuasakan oleh bateri bersaiz 4000 mAh. Kedua-dua telefon Redmi 5 menggunakan antaramuka MIUI 9 berasaskan Android 7.1.2 Nougat.

Buat masa sekarang, telefon ini boleh didapati pada harga RM 799 tetapi ia bukanlah set rasmi Malaysia sebaliknya set import.

Motorola G5S Plus

Release date: August 2017 | Weight: 168g | Dimensions: 153.5 x 76.2 x 8 mm | OS: Android 7.1 | Screen size: 5.5 inches | Resolution: 1080 x 1920 pixels | CPU Snapdragon 625 | RAM: 4GB | Storage: 64GB | Battery: 3,000mAh | Rear camera: 13MP | Front camera: 8MP

Motorola merupakan jenama telefon yang terkenal sejak sebelum wujudnya telefon pintar lagi.

Terkini, Motorola, yang kini sebuah anak syarikat Lenovo, mengeluarkan telefon pintar G5S Plus.

Seperti majoriti telefon pintar dalam linkungan harga ini, Moto G5S Plus menggandingkan cip pemprosesan Snapdragon 625 dengan ram 4gb dan ruang storan 32 gb.

Telefon ini turut dilengkapi dengan paparan HD penuh bersaiz 5.5 inci, sistem dwi-kamera 13 MP dan kamera depan 8 MP.

Bateri bersaiz 3000 mAh dan sistem operasi Android Nougat 7.1.2 melengkapkan telefon ini yang boleh didapati pada harga RM 999.

Lenovo ZUK Z2


zuk-z2

Release date: June 2016 | Weight: 149g | Dimensions: 141.7 x 68.9 x 8.5 mm | OS: Android 6.0.1 | Screen size: 5.0 inches | Resolution: 1080 x 1920 pixels | CPU Snapdragon 820 | RAM: 4GB | Storage: 64GB(no card slot) | Battery: 3,500mAh | Rear camera: 13MP | Front camera: 8MP

Satu lagi anak syarikat Lenovo, ZUK, mengeluarkan telefon yang mempunyai spesifikasi terbaik dalam linkungan harga di bawah RM 1000.

Model ZUK Z2, yang merupakan telefon kedua keluaran ZUK, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, 4 gb ram dan 64 gb ruang storan.

Telefon ini juga mempunyai paparan HD penuh bersaiz 5 inci, kamera belakang 13 MP, kamera depan 8 MP serta antaramuka ZUI 2.5 yang berasaskan Android Marshmallow 6.0, boleh dinaik taraf ke Android 7.0 Nougat.

Semua dikuasakan oleh bateri bersaiz 3500 mAh. Buat masa sekarang, stok telefon ini agak terhad kerana kebanyakan unit yang di jual di Malaysia merupakan unit import dan lazimnya dijual pada harga dibawah RM 960.

Huawei P10 Lite

huaweip10lite

Release date: March 2017 | Weight: 149g | Dimensions: 146.5 x 72 x 7.2 mm | OS: Android 7.0 | Screen size: 5.2 inches | Resolution: 1080 x 1920 pixels | CPU: HiSilicon Kirin 659 | RAM: 4GB | Storage: 64GB | Battery: 3,000mAh | Rear camera: 12MP | Front camera: 8MP

Huawei P10 Lite merupakan ahli termurah dalam keluarga Huawei P10 yang diperkenalkan pada Febuari 2017.

Telefon ini mempunyai cip pemprosesan HiSilicon Kirin 658 yang dipadankan dengan 4 gb ram dan 32 gn ruang storan. Skrin pula merupakan paparan HD penuh dan saiz skrin sebesar 5.2 inci.

Kamera utama telefon ini mempunyai resolusi 12 MP manakala kamera depan pula 8 MP.

Walau bagaimanapun, kamera utama telefon ini tidak ditala khas oleh Leica sebagaimana Huawei P10 dan P10 Plus. Bateri telefon ini berkapasiti 3000 mAh dan Huawei telah memasang antaramuka EMUI 5.1 yang berasakan Android 7.0 Nougat.

Harga rasmi telefon ini ialah RM 1299 tetapi kini ia boleh didapati dengan harga RM1000.

Lenovo Vibe P2

lenovovibep2

Release date: November 2016 | Weight: 177g | Dimensions: 153 x 76 x 8.3 mm | OS: Android 6.0 | Screen size: 5.5 inches | Resolution: 1080 x 1920 pixels | CPU: Snapdragon 625 | RAM: 4GB | Storage: 64GB | Battery: 5,100mAh | Rear camera: 13MP | Front camera: 5MP

Tidak mahu ketinggalan, Lenovo juga mengeluarkan telefon pintar yang menggunaka cip pemprosesan Snapdragon 625 iaitu Lenovo Vibe P2.

Telefon ini mempunyai skrin 5.5 inci paparan HD penuh, ram 4gb dan ruang storan 32 gb. Kamera utama telefon ini mempunyai resolusi 13 MP manakala kamera hadapan pula 5 MP.

Telefon ini mempunyai bateri terbesar berbanding semua telefon dalam senarai ini iaitu 5100 mAh. Android 6.0 Marshmallow menjadi sistem operasi pilihan buat telefon ini.

Walaupun dilancarkan dengan harga RM 1299, telefon ini kini boleh didapati pada harga RM 850 ke RM 970

Galaxy J7 Pro

Samsung-Galaxy-J7-Pro-08

Release date: July 2017 | Weight: 181g | Dimensions: 152.5 x 74.8 x 8 mm | OS: Android 7.0 | Screen size: 5.5 inches | Resolution: 1080 x 1920 pixels | CPU: Exynos 7870 Octa | RAM: 3GB | Storage: 64GB | Battery: 3,600mAh | Rear camera: 13MP | Front camera: 13MP

Samsung Galaxy J7 Pro merupakan salah satu varian Galaxy J7. Telefon ini dilengkapi dengan cip pemprosesan 8 teras Exynos 7870 yang dibantu oleh 3 gb ram dan 32 gb ruang storan.

Skrin Super AMOLED HD penuh bersaiz 5.5 inci menjadi paparan telefon ini yang mengguna pakai Android 7.0 Nougat sebagai sistem operasinya.

Kamera 13 MP depan dan belakang dan bateri bersaiz 3600 mAh melengkapkan spesifikasi telefon ini.

Pada asalnya dipasarkan pada harga RM 1299, telefon ini boleh didapati pada harga RM 999.

Nokia 6


nokia-6

Release date: January 2017 | Weight: 169g | Dimensions: 154 x 75.8 x 7.9 mm | OS: Android 7.1.1 | Screen size: 5.5 inches | Resolution: 1080 x 1920 pixels | CPU: Snapdragon 430 | RAM: 4GB | Storage: 32GB | Battery: 3,000mAh | Rear camera: 16MP | Front camera: 8MP

Lagenda industri pembikinan telefon, Nokia bangkit kembali pada tahun 2017 setelah perjanjiannya dengan Microsoft tamat dan telefon pertama yang dikeluarkan ialah Nokia 6.

Nokia 6 adalah telefon Android pertama Nokia setelah sekian lama. Telefon ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 430 yang didampingi oleh 3 gb ram dan 32 gb ruang storan serta kamera utama 16 MP dan kamera hadapan 8 MP.

Semua ini dikuasakan oleh bateri bersaiz 3000 mAh dan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat. Diperkenalkan pada harga RM 1199 pada Januari 2017, telefon ini kini boleh didapati pada harga RM 999.

 


Like it? Share with your friends!

0
-7
Your reaction?
Angry Angry
45
Angry
Cute Cute
23
Cute
Fail Fail
106
Fail
Geeky Geeky
54
Geeky
Lol Lol
28
Lol
Love Love
88
Love
OMG OMG
27
OMG
Win Win
27
Win
WTF WTF
84
WTF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

Become a part of our community!

reset password

Back to
log in