Sekarang ni dengan bajet RM 500 pun dah mampu menikmati majoriti teknologi terkini seperti pengimbas cap jari dan sistem dwi-kamera.


Dulunya fungsi-fungsi canggih tersebut hanya boleh didapati pada telefon yang berharga RM 2000 keatas.


Persaingan antara syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar seperti Samsung, Xiaomi, Huawei dan Oppo misalnya menghasilkan lebih banyak telefon berkualiti dan mampu milik sekaligus memberi lebih banyak peluang kepada pengguna.


Sebelum itu, ingin ditegaskan bahawa senarai bukanlah berbentuk ranking sebaliknya hanya sekadar panduan untuk pembelian anda.


Xiaomi Mi A1 / Mi 5X


Release dateSeptember 2017 | Weight165g | Dimensions155.4 x 75.8 x 7.3 mm | OSAndroid 7.1.2 | Screen size5.5 inches | Resolution1080 x 1920 pixels | CPUSnapdragon 625 | RAM: 4GB | Storage64GB | Battery3,080mAh | Rear camera12MP | Front camera5MP

Xiaomi Mi A1 dan Mi 5X merupakan 2 telefon yang sama dari segi fizikal dan juga spesifikasi.


Apa yang membezakan antara kedua-duanya ialah perisian android yang diguna pakai. Mi A1 menggunakan perisian ‘Stock Android’ versi 7.1 manakala Mi 5X pula menggunakan MiUI versi 8 yang berasaskan android 7.1.


Spesifikasi lain kedua-dua telefon ini termasuklah pemproses 8 teras Qualcomm Snapdragon 625, 4gb ram dan ruang simpanan 64 gb serta sistem dwi-kamera 12 MP yang memberikan kedua-dua telefon ini kebolehan untuk mengambil gambar potret seperti iPhone 7 Plus.


Saiz skrin 5.5 inci yang mempunyai resolusi HD penuh (Full HD) sesuai digunakan untuk menonton video tetapi tidak terlalu besar sehingga menyukarkan telefon ini untuk dibawa di dalam poket.


Kedua-dua telefon ini juga mempunyai pengimbas cap jari di bahagian belakang telefon, dikuasakan oleh bateri bersaiz 3080 mAh dan boleh didapati dengan harga bermula RM 499 dan kebawah.


Honor 7X


Release dateDisember 2017 | Weight165g | Dimensions156.5 x 75.3 x 7.6 mm | OSAndroid 7 up to 8.0 | Screen size5.93 inches | Resolution1080 x 2160 pixels | CPU:  HiSilicon Kirin 659 | RAM: 4GB | Storage32/64GB | Battery3,340mAh | Rear camera16MP+2MP | Front camera8MP

Honor ialah sebuah anak syarikat Huawei yang menghasilkan telefon pintar menggunakan teknologi dan perisian yang dibangunkan oleh Huawei sendiri pada harga yang lebih murah.


Terbaru, Honor melancarkan telefon Honor 7X yang merupakan pengganti kepada telefon Honor 6X.


Honor 7X dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.93 inci yang mempunyai nisbah paparan 18:9 dan resolusi 1080p HD penuh, pemproses 8 teras HiSilicon Kirin 659, 32/64 gb ruang storan, 4gb ram, pengimbas cap jari serta sistem dwi-kamera 16MP+2MP.


Semua ini dikuasakan dengan bateri bersaiz 3340 mAh dan antaramuka pengguna EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0 Nougat. Telefon pintar ini dilancar pertengahan Disember 2017 dan pada tahun ini 2020 harga Honor7X paling murah boleh dapat RM 638. Up sikit la dari RM500 hihi


Redmi 5


Release dateDisember 2017 | Weight157g | Dimensions158.5 x 75.5 x 8.1 mm | OSAndroid 7.1.2 | Screen size5.7 inches | Resolution720 x 1440 pixels | CPU Snapdragon 450 | RAM: 3GB | Storage32GB | Battery3,300mAh | Rear camera12MP | Front camera5MP

Redmi 5 merupakan model terbaru dalam rangkaian model Redmi daripada Xiaomi.


Telefon pintar Redmi cukup terkenal dengan harganya yang murah dan spesifikasi yang jauh lebih baik berbanding telefon pintar lain yang berada dalam lingkungan harga yang sama.


Mengikut trend 2017, Xiaomi melengkapkan Redmi 5 dengan paparan berbingkai halus ( Bezel-Less ) persis ‘Infinity Display’ Galaxy S8 yang bersaiz 5.7 inci dan mempunyai aspek paparan 18:9.


Kuasa pemprosesan pula dibekalkan oleh cip Snapdragon 450 dari Qualcomm, 2 atau 3gb ram yang dipadankan dengan ruang storan 16/32 gb. Kamera belakang mempunyai resolusi 12MP manakal kamera depan pula 5 MP.


Walaupun skrin telefon ini hanya mempunyai resolusi 720p HD, ia sudah memadai kerana telefon ini dijual pada harga RM 288, ini harga yang paling murah kami jumpa.


Redmi 5 Plus


Release dateFebruary 2017 | Weight180g | Dimensions151.8 x 72.8 x 7.7 mm | OSAndroid 7.1.2 | Screen size5.99 inches | Resolution1080 x 2160 pixels | CPU Snapdragon 625 | RAM: 4GB | Storage64GB | Battery: 4,000mAh | Rear camera12MP | Front camera5MP

Jika anda mahukan skrin, ruang storan dan ram yang lebih besar berbanding redmi 5, maka Redmi 5 Plus adalah untuk anda.


Telefon ini dilengkapi pemproses Snapdragon 625, 3 atau 4 gb ram yang dipadankan dengan 32 atau 64 gb ruang storan serta skrin 5.99 inci HD penuh.


Redmi 5 Plus menggunakan kamera depan dan belakang yang sama seperti Redmi 5 tetapi cip pemprosesan ditukar kepada Snapdragon 625, sama seperti Mi A1.


Semua ini dikuasakan oleh bateri bersaiz 4000 mAh. Kedua-dua telefon Redmi 5 menggunakan antaramuka MIUI 9 berasaskan Android 7.1.2 Nougat.


Buat masa sekarang, harga paling murah adalah RM 368. 


Huawei P10 Lite


Release dateMarch 2017 | Weight149g | Dimensions146.5 x 72 x 7.2 mm | OSAndroid 7.0 | Screen size5.2 inches | Resolution1080 x 1920 pixels | CPUHiSilicon Kirin 659 | RAM: 4GB | Storage64GB | Battery: 3,000mAh | Rear camera12MP | Front camera8MP

Huawei P10 Lite merupakan ahli termurah dalam keluarga Huawei P10 yang diperkenalkan pada Febuari 2017.


Telefon ini mempunyai cip pemprosesan HiSilicon Kirin 658 yang dipadankan dengan 4 gb ram dan 32 gn ruang storan. Skrin pula merupakan paparan HD penuh dan saiz skrin sebesar 5.2 inci.


Kamera utama telefon ini mempunyai resolusi 12 MP manakala kamera depan pula 8 MP.


Walau bagaimanapun, kamera utama telefon ini tidak ditala khas oleh Leica sebagaimana Huawei P10 dan P10 Plus. Bateri telefon ini berkapasiti 3000 mAh dan Huawei telah memasang antaramuka EMUI 5.1 yang berasakan Android 7.0 Nougat.


Harga terkini adalah serendah RM380 sahaja.





Senarai Wishlist Abah, Mak Leha , Cik Kiah & anak-anak