Garmin Forerunner 235 adalah antara jam yang sangat fofular keluaran garmin. Jam khusus kepada pengemar marathon ini telah tersedia dengan wrist-based heart rate monitoring. Model Forerunner 235 ini juga adalah upgrade daripada model sebelumnya iaitu Forerunner 225.


Forerunner 235 adalah jam biasa jika dilihat dari segi design, sepertimana Running watches keluaran Garmin sebelum ini, tetapi ia tetap nampak cool kepada si pemakainya. Ianya ringan dan mudah dipakai, hanya seberat 42 gram. 


Apa yang pasti Forerunner 235 lebih selesa untuk dipakai berbanding model Garmin Fenix 3 yang agak bulky (besar gedabak kata orang).


Forerunner 235 dilengkapi dengan skrin LCD 1.23 inci berwarna dengan resolusi 215 x 180 pixels.


Mungkin bukan antara yang terbaik dari segi paparan skrin, tetapi ia memberikan anda info yang anda perlukan – waktu/masa ( seperti jam normal ) dan data seperti jarak larian, masa, kelajuan ( pace ) serta kadar denutan jantung.


Tali jam ini dibuat dari getah dan mempunyai rongga/lubang untuk adjustment. Forerunner 235 tidak mempunyai built in memory yang tidak memungkinkan anda untuk memuat naik sebarang file terutamanya lagu-lagu kegemaran anda.


Ia satu kerugian besar bagi Garmin terutamanya untuk bersaing dengan pengeluar watch for runner yang lain terutamanya TomTom Spark.


Running Metrix/Data Larian


Garmin Forerunner 235 adalah kombinasi jam pintar dan fitness tracker, yakni salah satu gajet dan trend yang semakin menjadi ikutan terutamanya golongan belia di Malaysia. 


Forerunner 235 mempunyai 4 sport modes: running, running indoor (GPS turned off), bike and a catch-all free tracking setting.


Anda bole akses setiap mode dengan menekan butang utama dibahagian atas kanan. Selain itu anda perlu berdiri seketika untuk mendapatkan signal GPS.


Garmin Forerunner 235 adalah model yang lebih baik berbanding Garmin Fenix 3 dari segi GPS connection, ianya lebih cepat dan konsisten.


Fungsi run tracking jam ini sangat komprehensif, lengkap dan mengujakan lebih-lebih lagi bagi newbie yang baru berjinak-jinak dengan gajet fitness tracker ini.


Anda akan dapat melihat sendiri tahap kelajuan larian, jarak larian, masa dan calorie yang telah berjaya di bakar.


Begitu juga dengan kadar denyutan jantung – average heart rate, max heart rate dan juga Training Effect (TE). iaitu rating 1 – 5 yang diberikan kepada anda sebagai gambaran kasar sejauh mana keberkesanan latihan/training untuk satu-satu sesi.


Anda boleh akses semua data ini ketika larian hanya dengan menekan butang up & down pada skrin. Menarik bukan?


Apa yang lebih menarik untuk diperkatakan ialah fungsi sync di mana anda boleh create workout routine di Garmin Connect web app dan masukkan ia ke dalam Forerunner 235 anda.


Di dalam wep app tersebut, terdapat tools yang akan membantu anda merancang workout, setkan jangkamasa warm up, jarak atau intensity dan cooling down seterusnya upload segalanya kedalam jam pintar anda.


Untuk melihat plan latihan yang telah anda bina, anda hanya perlu ke main menu pada jam, dan pilih Workouts. Jangan bimbang kerana aplikasi pada jam tersebut akan guide anda.


Forerunner 235 sememangnya sangat menarik , tetapi apa yang kami boleh katakan adalah Garmin perlu melakukan lebih dari itu untuk menandingi system dan aplikasi yang ada pada jam TomTom Spark.


Jam fitness tracker TomTom Spark di jana lengkapi dengan app yang lebih menarik, terkini dan lebih banyak WOW factor di dalamnya.


Antara fungsi yang dimiliki TomTom Spark yang tiada pada Forerunner 235 adalah – Built in Training plan (tak perlu sync dari web), boleh lihat routes/laluan terdahulu (mapping system perghhh) dan yang paling menarik iaitu ghost runs.


Fungsi dimana anda mencabar diri anda dengan berlari mengejar masa, jarak dan kelajuan yang telah anda rekodkan sebelumnya pada routes/laluan yang sama, dan ianya akan dipaparkan secara live pada skrin jam anda woowiee. Agak mengecewakan kerana fungsi-fungsi menarik seperti ini tiada pada Forerunner 235.


Activity tracking


Selain berfungsi sebagai run tracking, khusus untuk pelari hardcore, Forerunner 235 juga boleh digunakan dalam aktiviti harian anda. Fungsi activity tracker ini sebenarnya terdapat dalam mana-mana jam model sebegini (running watches) sepertimana TomTom Spark.


Apa yang membezakan Garmin Forerunner 235 dengan pencabar-pencabarnya yang lain adalah rekabentuk dan teknologinya.


Dari segi rekabentuk, F235 sangat simple dan yang paling penting ianya tidak terasa terlalu besar ditangan apabila dipakai. Ia seperti jam-jam normal yang lain yang boleh dipakai seharian malahan sewaktu anda tidur sekalipun (walaupun agak melampau juga bunyinyakan). Dengan TomTom Spark… Mungkin tidak!


Teknologi, adalah faktor kedua kenapa Garmin Forerunner 50 langkah kehadapan berbanding lain-lain jenama terutamanya bagi fungsi fitness tracking-nya. Ya, memang saya ada menyebut tentang kehebatan TomTom Spark dengan aplikasi canggihnya, tetapi dari beberapa aspek, Forerunner ada kelebihan.


Antaranya, fungsi HR (heart rate) optical sensor 24/7. Apakah maksud disebaliknya? F235 mampu merekod kadar denyutan jantung anda sepanjang hari selagi mana anda memakai jam tersebut. 


Anda hanya perlu tekan butang down di skrin jam dan ia paparkan kadar HR anda untuk tempoh 4 jam sebelumnya. Ia sangat user friendly, dan memudahkan penggunanya untuk melihat statistik dan data yang dikehendaki.


Tekan butang down seterusnya akan dipaparkan statistik dan data seperti langkah (steps), progress (jika anda telah tetapkan goal), jarak yang telah anda capai pada hari tersebut dan juga berapa calorie yang telah di bakar. 


Apa yang telah dinyatakan di atas hanya sebahagian dari data yang boleh dipaparkan pada jam dari activity tracking, untuk lebih detail anda boleh melihatnya di Garmin Connect app dengan cara sync data di jam anda ke web base app Garmin.


Di web Garmin Connect app, terus ke Snapshots dan pilih untuk lihat antaranya active calories, sleep (summary of the last seven days), activities dan weekly intensity minutes. 


Secara keseluruhannya, fungsi activity tracking pada Forerunner 235 sangat mengujakan dan antara yang terbaik pernah kami lihat bagi sebuah model jam yang khusus untuk pelari (running watch).


Perlu juga kami nyatakan disini tentang satu lagi model terbaik dipasaran Malaysia iaitu Fitbit Surge, yang juga antara expertise dalam segmen jam activity tracking, tetapi ia masih belum mampu menandingi Forerunner dari Garmin ini terutamanya untuk kegunaan latihan yang sebenar dan lasak.


Notification


Forerunner 235 bukanlah jam fitness tracker biasa kerana ia mempunyai beberapa fungsi yang ada pada jam pintar seperti notifikasi email, mesej, melihat panggilan masuk dan calendar. Semua ini anda boleh lakukan dengan sambungan pada smartphone.


Fungsi-fungsi ini mungkin tidak sehebat jam pintar yang sebenar, namun bagi sebuah jam yang lebih focus pada fitness tracker, ia memberikan nilai tambah yang meletakkan Garmin Forerunner setaraf dengan jam pintar yang lain di pasaran.


Senarai Wishlist Abah, Mak Leha , Cik Kiah & anak-anak