Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Model Drone Terbaik untuk Rakaman Video dan Aerial Fotografi


Penggemar quadcopter sememangnya memerlukan quadcopter drone yang terbaik dan bersesuaian dengan tahap kemahiran mereka. Ketika artikel ini ditaip, terdapat pelbagai jenis model helicopter RC (remote control) seperti quad, hexa, tri dan ada juga heli DIY.

model drone terbaikOleh itu, dalam semua kategori helicopter RC tersebut mungkin salah satunya bersesuaian dengan minat dan tahap kemahiran anda.

Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan hobi RC ini, anda boleh bermula dengan model yang bersesuaian dengan tahap beginner.

Seterusnya apabila sudah mahir dan menguasai cara-cara pengendaliannya, nescaya sudah pasti anda tidak akan berdepan sebarang masalah untuk mengendalikan pelbagai model quadcopter dan helicopter RC yang lain terutamanya yang lebih advance.

Setiap model quadcopter mempunyai spesifikasi tertentu yang mana sesetengah model di reka sebegitu untuk disesuaikan dengan tahap kemahiran pilot. Pendek kata, quadcopter untuk beginner adalah lebih simple dan bagi professional quadcopter adalah lebih advance.

Drone Pilihan Thorbaik 2018: DJI Mavic Pro

DJi mavic pro adalah drone terbaik di tahun baru, 2018. Drone ini sesuai untuk kegunaan peribadi mahupun untuk kerja-kerja profesional.

Drone ini djual macam goreng pisang panas dan menjadi buruan ramai drone pilot atas banyak sebab.

Ianya boleh dilipat, menjadikan saiznya sebesar botol air mineral 500liter. Jadi, nak pergi mana-mana tempat pun senang nak bawa.

Tak perlu lagi beg sandang besar macam budak sekolah untuk letak sebiji drone. Dengan Dji mavic pro, cukup dengan pouch beg di pinggang.

DJI Mavic Pro

Saiznya yang kompak dan dilengkapi dengan teknologi terkini dan advance meletakkan ia di kelasnya yang tersendiri.

Antara teknologi canggih yang terdapat pada mavic pro adalah apa yang dipanggil sebagai obstacle avoidance technology dan sensor redundancies. Dengan teknologi ini, DJI mavic pro boleh mengesan halangan dari jarak 49 kaki jauhnya.

Ini bermakna, ia boleh terbang dengan selamat dan mampu mengelak sebarang halangan walaupun dipandu pada kelajuan hampir 40 kmph.

Bagi pilot drone yang berpengalaman, ciri-ciri canggih yang terdapat pada mavic pro ini semestinya sangat mengujakan.

DJI mavic pro mengaplikasikan teknologi GPS bagi tujuan ketepatan kedudukan semasa terbang diudara, dan ianya boleh dikawal melalui signal wifi dengan menggunakan telefon pintar.

Di samping itu, ia mempunyai kebolehan untuk kembali secara automatik pada titik mula terbang dan mampu terbang secara statik walaupun dalam keadaan angin kuat.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawasanya, DJI mavic pro adalah drone yang terbaik di pasaran bagi tahun 2018. Drone ini sangat sesuai untuk tujuan aerial photography.

Terdapat fungsi ‘tripod mode’ iaitu apabila pilot memilih mode ini, kelajuannya drone akan turun kepada 4 kmph dan meminimumkan pergerakan drone ini, seterusnya membolehkan foto-foto diambil dengan lebih tepat.

DJI Mavic Pro dilengkapi dengan kamera 12 megapixels dan 1080 HD Video streaming. Ia mampu merakam video dengan kualiti 4K, 30 frames per saat.

Drone DJI Mavic pro  ini juga turut dilengkapi dengan ‘gimbal’ untuk rakaman video yang lebih stabil.

DJI Inspire 2 - Drone Profesional Terbaik

Jika duit bukan masalah besar bagi anda, dan anda atau syarikat produksi/perfileman anda secara kebetulannya sedang mencari drone terbaik di pasaran ketika ini, usah berfikir panjang lagi kerana DJI Inspire 2.0 sememangnya drone yang anda cari.

Drone ini sangat sesuai untuk kegunaan stesen TV, pembuat filem, videographer, dan pencinta quadcopter yang berpoket tebal.

Berat drone ini lebih kurang 3.2KG, dan jarak antara kipas adalah 35cm. DJI Inspire 2.0 mampu bertahan di udara selama hampir setengah jam, dengan dua bateri cas penuh.

dji inspire 2
DJI Inspire 2

Bateri ini juga memberi kuasa kepada kamera, stabilizer dan sensor. Ia boleh terbang ke ketinggian sehingga 16400 kaki ( 4998 meter ) di udara.

DJI Inspire 2.0 dilengkapi dengan kamera Zenmuse X5S, dan image processor yang baru iaitu CineCore 2.0 yang memberikan Inspire 2.0 keupayaan untuk merakam video CinemaDNG dan Apple ProRes dengan kualiti 5.2K, 30fps.

Apakah Model Drone Yang Terbaik Untuk Anda?

Bagi mereka yang baru bermula, quadcopter jenis ‘FPV’ ataupun First person view bukanlah untuk anda. Maksud saya, anda belum bersedia dengan skill yang diperlukan untuk model FPV ini.

Apakah sebenarnya FPV ini? Model First Person View ini adalah keadaan dimana kamera video yang terpasang pada quadcopter memancarkan signal video secara live terus pada paparan skrin alat kawalan jauh pilot.

Harga untuk FPV quadcopter ini ‘boleh tahan”. Oleh itu kami cadangkan supaya anda mendapatkan model yang lebih murah untuk tujuan latihan dan dapatkan skill yang diperlukan. Kalau ditakdirkan jatuh atau rosak, tidaklah rasa terkilan sangat, bukan?

Kepada mereka yang sudah mahir dengan kawalan quadcopter, model yang lebih advance, sudah tentu menjadi pilihan utama. Model sebegini kebiasaannya lebih berat dan saiznya agak besar berbanding model untuk beginner dan juga telah dilengkapi dengan kamera dan beberapa fungsi lain seperti FPV.

Quadcopter ini bukanlah hobi biasa, ia boleh menjadi luar biasa terutamanya bagi otai-otai yang sudah lama berkecimpung dalam hobi ini.

Mengapa?

Kerana, ianya boleh bertukar menjadi satu profession atau kerjaya yang boleh memberi pendapatan sampingan kepada pemiliknya terutamanya dalam industry photography dan video drone yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di Malaysia masa kini.

Banyak model quadcopter drone yang anda boleh dapati dalam pasaran di Malaysia ketika ini. Permintaan yang semakin meningkat dan minat yang makin bercambah dalam kalangan orang ramai menjadi pemacu kepada kemasukan pelbagai jenis model drone dalam pelbagai saiz dan juga harga.

Perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum membeli sebarang model quadcopter adalah dengan melihat kepada keperluan semasa anda dan juga tahap kemahiran anda pada waktu itu.

Tiada gunanya anda membeli model yang paling advance dan sofistikated dan berharga ribuan ringgit sedangkan anda tiada pengalaman langsung dalam mengendalikan quadcopter.

Mulakan hobi baru anda ini dengan model quadcopter yang lebih murah dan simple serta mudah dikawal.

Bagi memudahkan para pembaca sekalian dalam membuat pilihan quadcopter sesuai dengan bajet dan tahap kemahiran anda, kami telah menyenaraikan beberapa model quadcopter yang terbaik berdasarkan kepada review pembeli dan juga testimony dari pilot-pilot quadcopter drone yang kami temubual secara online mahupun offline.

Membaca review pembeli sebelumnya adalah penting untuk mendapatkan maklumat tentang kualiti produk tersebut.

Quadcopter Untuk Beginner Level

Hubsan X4 H107

Hubsan X4boleh didapati dalam pelbagai versi. Ini adalah model 100% RTF (ready to fly), 2.4GHz radio transmition dan juga bateri 3.7 V 380 mAh.

Memandangkan ianya adalah model RTF, anda hanya perlu keluarkan quadcopter ini dari kotak dan boleh terus menerbangkannya….selepas anda cas bateri terlebih dahulu.

Anda hanya perlukan 30 minit untuk mengecas penuh bateri dan ianya boleh bertahan selama hamper 10 minit di udara.

Model ini mempunyai airframe yang ringan, stabil dan hanya bersaiz 60mm x 60mm membolehkan ia bertahan agak lama di udara.

Drone ini adalah antara yang terbaik samada dimainkan indoor mahupun outdoor, Cuma pastikan cuaca tidak terlalu berangin apabila bermain outdoor.

Syma X1 UFO Type

Model yang terbaik untuk newbie pada pendapat kami adalah Syma X1. Ia dilengkapi dengan teknologi terkini 3-axis flight control system yang mana ia memberikan kestabilan yang maksimum apabila terbang di udara.

Sudah semestinya kepada yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini, anda pasti mahu meluangkan banyak masa berlatih mengendali quadcopter.

Pada masa yang sama, tentunya kita mahukan keseronokan dalam aktiviti ini.

 

Syma X1 boleh memberikan anda keseronokan dan adrenalin yang anda cari.

Model ini berkeupayaan melakukan beberapa tricky maneuverers. Contohnya menukar arah secara mengejut, berpusing-pusing dan banyak lagi. Walaupun anda adalah newbie, anda boleh melakukannya Syma X1.

Selain itu Syma X1 adalah model Full 3D Flight yang memberikan pilot kebebasan melakukan sebarang bentuk pergerakan samada ke atas, ke bawah, terbang secara ke kanan atau ke kiri dan juga ke depan dan ke belakang.

Model ini memberikan keseronokan yang hanya boleh dirasai dengan memilikinya dan mencubanya sendiri.

Harganya pun sangat berpatutan!

Intermediate Level

DJI Phantom Aerial UAV

Quadcopter ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu beralih arah dari quad yang lebih murah (beginner level) kepada yang lebih advance dan agak mahal, tetapi masih lagi mampu milik.

Model ini masih lagi dalam kategori RTF (ready to fly) dan agak simple dari segi kawalan tetapi mempunyai beberapa spesifikasi yang tiada pada quad yang lebih murah.

Pastikan anda telah mahir sepenuhnya dalam aspek kawalan quad sebelum cuba menerbangkan DJI Phantom Aerial UAV ini.

Ianya sebagai langkah berjaga-jaga supaya quad ini tidak tersangkut atas pokok.

Sebaik sahaja pos laju dengan jayanya menghantar DJI Phantom ke depan pintu rumah anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengecas bateri dan memasang landing gear serta propeller.

Radio transmitter yang disertakan bersama quad ini telah pun di Tuned, anda hanya perlu memasang 4 bateri AA sebelum melakukan penerbangan pertama. Kelajuan DJI Phantom Aerial UAV ini agak jauh berbeza dengan model Syma X1 dan Hubsan X4. Kelajuan maksimum DJI Phantom ini adalah 22 mph, ya! Mph bukan Kph.

Walaubagaimanapun, anda masih lagi boleh melakukan sesi photografi mahupun video untuk apa-apa acara sukan, event dan sebagainya. Kelajuannya bukanlah satu masalah besar bagi anda. Model ini didatangkan sekali dengan GoPro mount. Tapak sahaja ye, kamera GoPro anda perlu beli berasingan.

Dengan adanya DJI Phantom Aerial UAV ini, apatah lagi bila dikahwinkan dengan kamera GoPro HD, maka anda akan bertukarr menjadi seorang jurufoto mahupun juruvideo aerial sehebat Saiful Nang.

Parrot AR 2.0

Banyak perkara menarik yang boleh diperkatakan tentang Parrot A.R Drone 2.0 ini yang menjadikannya pilihan kami di Thorbaik.com khususnya bagi mereka yang berada dalam golongan insan-insan intermediate.

Pertama, strukturnya yang kukuh dan kuat, di reka khusus untuk menahan hentakan dan perlanggaran.

Bahagian luar kerangka drone ini dilapisi dengan foam yang bertujuan untuk melindungi komponen penting di dalamnya.

 

Ia juga bertujuan untuk menyerap sebarang getaran/vibration seterusnya memberikan pengalaman penerbangan yang lancar.

Apa yang paling menarik tentang Parrot drone ini ialah anda boleh mengawal quadcopter ini dengan applikasi yang terdapat pada iPhone, iPad atau telefon pintar android.

Anda boleh melihat video yang direkod secara live dari Parrot drone terus ke smartphone ketika menerbangkannya menerusi applikasi FPV. Anda juga boleh merakam dan berkongsi video atau foto menggunakan app FreeFlight 2.0.

Semestinya Parrot adalah model quadcopter drone yang agak advance dan harganya juga setaraf dengan kualitinya.

Professional

DJI Phantom 2 Vision

Jika di buat perbandingan antara model-model quadcopter RTF yang berada di pasaran sekarang, DJI Phantom 2 Vision jelas berada dalam kelasnya yang tersendiri dan menjadi pilihan pro pilot quadcopter.

Model ini adalah versi naik taraf dari model asal DJI Phantom, ianya telah sedia dilengkapi dengan kamera 14 MP dengan 1080p HD video recording.

Phantom Vision 2 juga dilengkapi dengan motor pada pemegang kamera bagi membolehkan video dan gambar di ambil dari sudut yang berbeza.

Pergerakan kamera ini boleh dilihat dan dikawal secara manual dengan adanya Vision app yang boleh di muat turun menerusi smartphone.

Selain itu, anda boleh menerbangkan drone ini setinggi hamper 1000 kaki ke udara dan mengawalnya secara langsung menerusi video feed terus ke smartphone anda.

Phantom 2 Vision di kuasakan oleh bateri LiPo 5200 mAh dan disertakan sekali dengan kabel pengecas. Walaupun model ini agak berat berbanding model quadcopter lain, ia masih mampu bertahan sehingga 25 minit di udara dengan sekali cas.

Anda tidak perlu risau dengan kemungkinan bateri habis ketika quadcopter masih di udara, kerana model ini dilengkapi dengan indicator yang menunjukkan tahap kuasa bateri yang tinggal untuk membantu pilot mendaratkan quad dengan selamat sebelum kehabisan bateri.

DJI Phantom 2

 

DJI Phantom 2 adalah versi phantom yang berada di tengah-tengah antara Phantom Aerial UAV (versi asal) dan Phantom Vision 2.

Harganya pula lebih murah berbanding Vision 2 dan sedikit mahal berbanding dengan Phantom Aerial.

Model ini tiada built in kamera, namun begitu ia telah tersedia dengan gimbal DJI Zenmuse H3-2D yang membolehkan anda memasang terus kamera GoPro atau lain-lain kamera yang bersesuaian.

Memiliki quadcopter DJI Phantom adalah petanda yang anda adalah seorang pilot quadcopter yang berkemahiran tinggi. Quad ini akan memberikan anda lebih kawalan dan konsentrasi dalam mempelajari kemahiran aerial fotografi pula.

DJI Phantom 4

Phantom 4 adalah kesinambungan kepada dominasi DJI dalam pasaran drone dunia. Ia boleh lah dianggap sebagai drone berkamera yang terbaik dipasaran ketika ini.

Phantom 4 didatangkan dengan pelbagai fungsi canggih dan ciri-ciri tambahan yang sepadan dengan tanda harganya yang boleh membeliakkan biji mata.

Beratnya lebih kurang 1.3 kg, berat sedikit berbanding phantom 3. Tambahan berat ini datangnya daripada bateri 5350mAh.

Bagi pilot drone diluar sana, samada newbie mahupun experts pastinya dapat merasai perbezaan bila menerbangkan phantom 4 ini.

phantom 4
DJI Phantom 4 Standard

Kawalannya jauh lebih mudah, dibantu oleh sistem keselamatan yang canggih yang membolehkan drone ini mengesan sebarang halangan di hadapan ketika ia terbang.

Phantom 4 berkeupayaan untuk bergerak dengan kelajuan sehingga 70 kmh dan terbang setinggi 6400 meter dari aras laut. Namun begitu, harus diingat bahawa pihak berkuasa (DCA) melarang sebarang drone diterbangkan di kawasan lapangan terbang dan di beberapa kawasan tertentu atas faktor keselamatan dan komersial.

Drone ini menawarkan beberapa mode penerbangan/ flight mode. Antaranya autonomous flying, sport mode, positioning dan beberapa lagi mode yang disesuaikan dengan tahap keupayaan juruterbang. Ia dibantu dengan alat kawalan jauh yang hebat.

Dengan segala ciri-ciri yang advance dan pelbagai fungsi yang menarik, sememangnya phantom 4 adalah sebuah drone yang berbaloi-baloi untuk dimiliki.

Your reaction?
Angry Angry
6
Angry
Cute Cute
5
Cute
Fail Fail
10
Fail
Geeky Geeky
10
Geeky
Lol Lol
3
Lol
Love Love
10
Love
OMG OMG
5
OMG
Win Win
3
Win
WTF WTF
9
WTF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

Become a part of our community!

reset password

Back to
log in