Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Proton X70 Kini Dibuka Untuk Tempahan RM1000


Proton-X70-SUV

Proton X70 akhirnya menjengah pasaran permotoran negara dengan tanda harga yang belum dapat dipastikan lagi. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Proton Holdings Bhd, sesi preview yang diadakan hari ini adalah khusus untuk media, walaubagaimanapun Proton telah merancang untuk mengadakan sesi untuk pelanggan dan peminat Proton X70 di 7 buat bandar terpilih di seluruh Malaysia yang akan bermula pada 19 September hingga 4 November. Sesi pra pelancaran ini akan memberi peluang kepada orang awam dan sektor korporat untuk melihat dengan lebih dekat Proton X70 sebelum pelancaran rasmi nanti.

Proton juga akan mula mengambil tempahan bagi Proton X70 ini bermula 8 September 2018, dengan bayaran deposit RM1000.

Proton X70 adalah model kereta pertama Proton yang menggunakan gabungan huruf dan nombor dalam nama model kereta proton. Ianya dilihat lebih ringkas, mudah disebut dan secara strategiknya lebih mudah untuk dipasarkan ke luar negara terutamanya pasaran ASEAN.

Pemilihan huruf X adalah kerana ianya sinonim dengan kenderaan model Crossover atau SUV lain dalam pasaran ketika ini manakala nombor 70 pula merujuk kepada saiz model. Ini bermakna, untuk model akan datang Proton berkemungkinan besar akan menggunakan sistem ini dalam menamakan model kenderaan keluaran mereka. Sebagai contoh, untuk model SUV yang lebih kecil mungkin akan dinamakan M50 atau S40.


Like it? Share with your friends!

Your reaction?
Angry Angry
0
Angry
Cute Cute
0
Cute
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

Become a part of our community!

reset password

Back to
log in